PM Israel dakwa Erdogan bantu pengganas


PERDANA Menteri Israel Benjamin Netanyahu, mengecam Recep Tayyip Erdogan sebagai pemimpin yang mengebom penduduk kampung Kurdis dan menyokong pengganas.

Kenyataan itu dibuat selepas presiden Turki itu melabel Israel sebagai “negara yang membunuh kanak-kanak”.

“Saya enggan menerima syarahan mengenai moral daripada pemimpin yang mengebom penduduk kampung Kurdis di Turki, yang memenjarakan wartawan, yang membantu Iran mengelakkan sekatan antarabangsa dan membantu pengganas, termasuk di Gaza, membunuh orang tidak bersalah.

“Ini bukan orangnya yang akan memberi ceramah kepada kita,” katanya pada sidang media dengan Presiden Perancis Emmanuel Macron. – AFP, 11 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen