Lima bulan ditutup, Ghana bakal buka semula lapangan terbang  


Covid-19 setakat ini telah menjangkiti 44,205 orang dan meragut 276 nyawa di Ghana yang memiliki populasi sekitar 30 juta orang itu. – Gambar EPA, 31 Ogos, 2020.

GHANA akan membuka semula lapangan terbang antarabangsa pada hari Selasa  dengan melaksanakan peraturan baharu bagi mengekang penularan Covid-19.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kotoka yang terletak di luar ibu kota Accra, ditutup pada bulan Mac lalu. Ia dtutup seiring kawasan-kawasan sempadannya yang lain dalam usaha membendung virus di negara Afrika barat itu.

“Saya dengan senang hati mengumumkan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Kotoka akan dibuka semula dan beroperasi semula bermula hari Selasa, 1 September 2020,” kata Presiden Nana Akufo-Addo dalam siaran langsung di seluruh negara pada Ahad.

Beliau berkata bahawa sempadan darat bagaimanapun akan terus ditutup.

Langkah keselamatan baharu itu dilaksanakan bagi mencegah penumpang membawa masuk virus ke negara itu.

“Mana-mana penumpang yang tiba di Ghana mesti menjalani ujian Covid-19 dari makmal bertauliah di negara asal,” katanya.

Ujian itu harus dilakukan tidak lebih dari 72 jam sebelum keberangkatan mereka.

Semua syarikat penerbangan harus memastikan pematuhan terhadap arahan tersebut bagi sebagai syarat perjalanan ke Ghana, katanya.

Di samping itu, penumpang yang tiba mesti menjalani ujian Covid-19 di terminal lapangan terbang dengan kos mereka sendiri, sementara kanak-kanak di bawah umur lima tahun akan dikecualikan, katanya.

“Penumpang, yang diuji positif Covid-19, akan ditangani pihak kesihatan untuk penilaian dan pengurusan klinikal lanjut.”

Covid-19 setakat ini telah menjangkiti 44,205 orang dan meragut 276 nyawa di negara yang memiliki populasi sekitar 30 juta orang itu. – 31 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen