BINTANG rock Perancis Johnny Hallyday yang meninggal dunia Rabu lalu akan dikebumikan di rumah percutian penyanyi jutawan itu di Pulau Caribbean.
Pengumuman itu dibuat oleh ahli keluarga Hallyday.
Hallyday, 72, meninggal dunia akibat kanser paru-paru. Sebelum meninggal dunia, beliau pernah mengumumkan untuk dikebumikan pulau itu yang menambahkan lagi rasa sedih peminatnya.
Rata-rata peminatnya mahukan beliau dikebumikan di tanah air sendiri.
Semalam, beratus ribu rakyat Perancis berhimpun di Paris untuk menyaksikan keranda Hallyday yang diiring hampir 700 penunggang motosikal.
Keranda mendiang kemudiannya dibawa menggunakan pesawat Boeing 757 bersama 62 penumpang termasuk isterinya Laeticia dan dua anaknya. Mereka akan mengadakan acara pengebumian secara tertutup pada Isnin.
“Saya nak ikut mendiang sampai selesai sebab mendiang sentiasa ‘menjaga saya’,” kata seorang peminat veteran, Fred Bouton kepada AFP.
Bouton berkata, beliau sudah pun mencari tiket penerbangan untuk mengikuti acara pengebumian tersebut. Tiket penerbangan itu berharga sekitar RM4,900 (USD$1,200). – AFP, 10 Disember, 2017.
Komen