PIHAK pendakwa menuntut hukuman lebih berat daripada biasa untuk empat bekas pegawai polis Amerika Syarikat (AS) yang didakwa berhubung pembunuhan George Floyd.
Penduduk Minneapolis, Minnesota, 46, meninggal dunia pada Mei selepas ditekan di lehernya oleh lutut pegawai kulit putih, Derek Chauvin sehingga Floyd mengalami kesukaran bernafas.
Kes itu diteruskan ketika kemarahan bahar keganasan polis terhadap rakyat Amerika keturunan Afrika, yang dicetuskan oleh penembakan Jacob Blake di Wisconsin minggu ini.
Kertas mahkamah yang difailkan pada Jumaat dalam kes Floyd menunjukkan pejabat Peguam Negara Minnesota akan berhujah terdapat beberapa faktor yang teruk.
Ini termasuk bukti Chauvin menekan lutut di leher Floyd selama hampir sembilan minit ketika beberapa individu di situ, termasuk kanak-kanak, merayu dilepaskan dan kemudian menyaksikan beliau mati.
“Mangsa, George Floyd, tidak berdaya kerana tangannya digari di belakang dan kemudian meniarapkannya di kaki lima, dan Floyd dengan jelas dan berulang kali memberitahu para petugas beliau tidak dapat bernafas,” menurut dokumen mahkamah.
Chauvin bertindak kejam ketika menyalahgunakan kedudukan beliau sewenang-wenangnya, kata pendakwa.
“Di sebalik rayuan Floyd beliau tidak dapat bernafas dan akan mati, serta permintaan saksi mata untuk melepaskan Floyd dan membantunya, (defendan) dan para pembantunya terus menekan Floyd,” kata kertas itu.
Tiga atau lebih suspek “mengambil bahagian secara aktif” dalam pembunuhan itu, kata pendakwa raya, berkata ini akan membenarkan hukuman lebih panjang.
Gelombang kemarahan
Tuduhan terhadap Chauvin termasuk pembunuhan tahap dua yang tidak disengajakan, sementara tiga bekas rakan sekerjanya - J. Kueng, Thomas Lane dan Tou Thao - didakwa membantu dan bersubahat dengan membantu dan bersubahat dengan pembunuhan itu.
Kejadian yang membawa kepada kematian Floyd mencetus protes besar-besaran di seluruh negara, ketika para penunjuk perasaan turun ke jalanan untuk mengecam perkauman dan kekejaman polis.
Wajah Floyd, bapa kepada tiga anak menjadi simbol dalam perarakan anti-perkauman.
Beliau dikenang ketika demonstrasi besar-besaran di Washington pada Jumaat susulan kes Blake, 29 tahun, yang cedera parah apabila seorang polis melepaskan tembakan ke arahnya ketika beliau cuba masuk ke dalam keretanya pada Ahad di Kenosha, Wisconsin.
Sabitan kesalahan di Minnesota bagi pembunuhan tahap dua tidak disengajakan dan pembunuhan tahap ketiga biasanya membawa hukuman sehingga 12 tahun setengah.
Dokumen mahkamah tidak menyatakan berapa banyak masa tambahan akan diminta oleh pendakwa jika tertuduh disabitkan kesalahan, tetapi maksimum pembunuhan peringkat kedua adalah 40 tahun penjara. – AFP, 30 Ogos 2020.
Komen