Memandang remeh terhadap jerebu 


RABU lalu, melalui kenyataan dikeluarkan oleh Astro Awani, Kementerian Alam Sekitar dan Air (Kasa) yang dipimpin oleh Tuan Ibrahim Tuan Man selaku menterinya menjawab persoalan kepada Ahli Parlimen Bakri Yeo Bee Yin menegaskan agar tidak meneruskan Akta Tindakan Jerebu Rentas Sempadan (THA).

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini berkenaan dengan peri pentingnya adanya akta tersebut. Suka saya menjelaskan bahawa kerajaan pada hari ini, memandang enteng kepada isu Jerebu.

Pada hari ini, kegusaran ini bukan sahaja dinyatakan oleh saya sendiri malah NGO Alam Sekitar dan perubahan iklim seperti Kumpulan Aktivis Sahabat Alam (Kuasa), Klima Action Malaysia (KAMY), Greenpeace Malaysia dan yang lain juga menegaskan pentingnya Kerajaan Persekutuan membawa akta ini dibincangkan seisi Dewan Rakyat dan meluluskannya.

Sampai bila kita mengharap kepada Asean untuk mengurangkan kadar perlepasan karbon yang berlebihan dan menyebabkan kesihatan rakyat dan ekonomk terjejas. Kita harus ada akta yang jelas untuk menghukum mereka yang merosakkan ekosistem kita.

Kaedah mitigasi dan diplomatik telah kita ambil sedekad lalu hingga sekarang tetapi ia tetap terjadi dan makin parah, akta ini juga membantu untuk mereformasikan Akta Kualiti Alam Sekitar yang sedia ada oleh kerana ia sudah lama tidak dipinda sealiran dengan peredaran zaman.

Agenda adaptasi harus diketengahkan dengan lebih luas oleh kerana posisi kita dan sebagai negara ekonomi pasaran baru (emerging market).

Dengan ini,  Barisan Nasional Youth Volunteers (BNYV) Malaysia mendesak agar Kasa melakukan satu konsultasi awam yang besar untuk membincangkan isu ini dan dinyatakan secara terbuka hasil perbincangan tersebut.

Rakyat berhak mengetahui kenapa tidak boleh akta ini diperkenalkan dan saya percaya rakyat jelik mendegar jawapan mudah oleh Menteri berkenaan dengan menjaga hubungan diplomatik antara negara lain.

Saya berharap agar artikel ini dimuat turun untuk memberi penerangan pentingnya perbincangan tentang Akta Tindakan Jerebu Rentas Sempadan bertepatan dengan situasi iklim sekarang ini. Sekian, Terima kasih. – 28 Ogos, 2020.

* Muhammad Shaqib Shahrilnizam merupakan ahli Jawatankuasa Barisan Nasional Youth Volunteers (BNYV) Malaysia. 

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen