Nurul Izzah: Pastikan Pakatan menang, barulah pilih PM


Nurul Izzah bercakap kepada rakyat Malaysia di Melbourne melalui telesidang. – Gambar The Malaysian Insight, 10 Disember, 2017.

MATLAMAT utama Pakatan Harapan (PH) ialah untuk menang pilihan raya, bukannya bertengkar mengenai calon yang akan memimpin kerajaan kelak, kata Nurul Izzah dalam satu forum di Melbourne, Australia.

Naib Presiden PKR itu berkata, PH tidak akan terbuai dengan “kekecohan” mengenai pemilihan Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri sementara dan Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai timbalan bila mengambil alih Putrajaya kelak.

“Hasrat kami untuk mengambil alih kerajaan persekutuan ialah bagi menjalankan agenda reformasi kami,” kata Nurul Izzah kepada The Malaysian Insight selepas tamat forum yang dianjurkan Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM) di Australia semalam.

Cadangan supaya Dr Mahathir dilantik sebagai perdana menteri sementara dan Presiden PKR Wan Azizah sebagai timbalannya menjadi topik hangat yang dibangkitkan kepada Nurul Izzah, yang bercakap melalui telesidang bertajuk “Unity of the Rakyat,” dari Kuala Lumpur.

Berkaitan soalan yang dikemukakan The Malaysian Insight kepadanya selepas forum itu, Nurul Izzah berkata: “Saya percaya kepada kebijaksanaan kumpulan pemimpin PH sekarang, yakni semua rakan saya untuk berbincang dalam pintu tertutup.

“Hasrat kami… ialah… menyatukan semua rakyat Malaysia di bawah satu bumbung.”

Minggu lalu, The Malaysian Insight melaporkan cadangan itu dibangkitkan ketika pemukiman PH pada 1 dan 2 Disember yang diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya.

Forum SABM bertemakan “The Road to GE14” itu merupakan siri kelapan dianjurkan di Melbourne.

Antara isu dibangkitkan termasuklah persepsi terhadap ekonomi di Malaysia yang makin melemah, selain pembaharuan apa yang ditawarkan PH untuk menarik kembali rakyat Malaysia luar negara pulang membangunkan negara.

Berhubung itu, Nurul Izzah memberi jaminan pada hadirin bahawa PH sudah hampir menyiapkan manifesto pilihan rayanya yang dijangka diumumkan bulan hadapan.

Dalam pada itu, Nurul Izzah menolak desas desus kononnya Umno memancing beliau dan pemimpin PKR Anwar Ibrahim untuk menyertai Umno.

Spekulasi itu rancak dibincangkan selepas Najib dan pemimpin Umno lain melawat Anwar di hospital baru-baru ini.

Berhubung isu itu, Nurul Izzah merujuk pantun antara Anwar dan Najib “bagi menjelaskan keadaan sebenar yang dihadapi tahanan politik itu selepas kunjungan Najib.”

“Tahun ini tahun ke-10 DSAI dipenjarakan. Kunjungan perdana menteri itu pula hanya beberapa hari sahaja sebelum Anwar dicalit dengan tuduhan pecah amanah (oleh Suruhanjaya Siasatan DIraja terhadap Bank Negara Malaysia mengenai kehilangan mata wang asing pada 1990-an).

“Kita tak boleh biarkan mereka yang berkuasa itu bermain isu sampai menjejaskan perpaduan dalam usaha untuk menang pilihan raya,” katanya. – 10 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • menang pun belum tentu dah berangan nak buat macam2..sedar diri tu sikit PH oi..

    Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Amera amani · Ulasan

    • Nak masak nasi pun perlu sediakan periok bukan? Periok ini bagai calun PM lah.

      Dimuat naik 6 tahun yang lalu oleh Tanahair Ku · Ulasan