Pihak berkuasa Turki tahan anggota Daesh


SEORANG pengganas Daesh yang merancang untuk melancarkan serangan di Istanbul, ditahan pihak berkuasa, menurut sumber keselamatan pada Selasa.

Suspek dikenali H. S. ditahan pasukan polis perisik dan antikeganasan di sebuah bilik hotel di daerah Kucukcekmece, menurut sumber yang enggan namanya disiarkan.

Berdasarkan maklumat awal, suspek secara haram memasuki wilayah Gaziantep di selatan Turki dari Syria dan menuju ke Istanbul, lapor Agensi Anadolu.

Selaras senapang AK-47 serta 150 peluru turut dijumpai kita pihak berkuasa menggeledah bilik hotel, suspek kini ditahan reman.

Turki negara pertama mengisytiharkan Daesh sebagai kumpulan pengganas pada 2013.

Sejak itu Turki seringkali diserang pengganas Daesh menyaksikan 10 kejadian pengeboman bunuh diri, tujuh letupan bom dan empat serangan bersenjata, mengorbankan 315 nyawa serta mencederakan ratusan yang lain.

Berikutan itu, Turki melancarkan operasi ketenteraan untuk memerangi pengganas.  – Bernama, 25 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen