Covid-19 hadkan risiko serangan pengganas IS


Wabak Covid-19 yang melanda dunia dan pelaksanaan langkah mencegah jangkitan menjejaskan aktiviti kumpulan pengganas IS. – Gambar AFP, 25 Ogos, 2020.

PERINTAH berkurung disebabkan Covid-19 nampaknya mengurangkan ancaman serangan pengganas Negara Islam (IS) di banyak negara, walapun risikonya bertambah di Iraq dan Syria, kata pegawai PBB semalam.

Walaupun IS kini hanyalah organisasi terpinggir yang hanya menakluki sebahagian kecil wilayah Iraq dan Syria berbanding beberapa tahun lepas, dianggarkan ia masih mempunyai hampir 10,000 pejuang di kedua-dua negara itu.

Bagaimanapun, perintah berkurung dilaksanakan di banyak negara dunia mengurangkan kemampuan IS untuk melancarkan serangan.

“Langkah untuk mengurangkan penularan Covid-19 seperti perintah berkurung dan kawalan pergerakan, nampaknya mengurangkan risiko serangan pengganas di banyak negara,” kata Vladimir Voronkov, setiausaha agung kedua anti keganasan.

Beliau bagaimanapun tidak menyebut mana-mana negara, tetapi IS mendakwa banyak melakukan serangan termasuklah di Perancis sehingga Filipina.

Voronkov berkata kesan pandemik ke atas proses rekruit pengganas dan kewangan kumpulan itu masih tidak jelas, walaupun ancaman jenayah siber yang merupakan sumber pembiayaannya meningkat kerana lebih ramai orang dalam talian disebabkan perintah berkurung.

Tambahnya, wujud bukti yang pengganas IS cuba mengukuhkan kedudukannya di wilayah bergolak seperti Iraq dan Syria.

Tetapi, buat masa sekarang, pihak berkuasa masih tiada petunjuk jelas perubahan strategi di bawah kepimpinan baharu IS, Amir Mohammed Said Abd al-Rahman al-Mawla yang menggantikan Abu Bakr al-Baghadadi yang terbunuh dalam serbuan tentera AS pada Oktober lepas.

Bekas pegawai tentera Saddam Hussein, Mawla menyertai kepimpinan Al-Qaeda selepas pencerobohan AS di Iraq dan penangkapan Hussein pada 2003, menurut badan pemikir Projek Anti Keganasan (CEP).

Voronkow juga memberikan perkembangan terkini kumpulan pengganas itu di negara lain, berkata IS dianggarkan mempunyai 3,500 ahli di Afrika Barat dan terus mengukuhkan hubungan dengan kumpulan pengganas tempatan.

Di Libya, pengganas IS kini hanya berjumlah ratusan orang, tetapi masih menjadi ancaman kepada rantau itu.

Ia juga masih berupaya melancarkan serangan ganas di bahagian tertentu Afghanistan walaupun sebilangan pemimpinnya sudah ditangkap dan jajahannya sudah hilang, kata Voronkov. – AFP, 25 Ogos, 2020.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen