Terjejas akibat Covid-19, ejen hartanah jual rumah secara online


Khoo Gek San

Ditambah dengan program MM2H sebelum ini, ramai pelabur warga asing membeli kediaman untuk tinggal di Pulau Pinang dan Johor Bahru. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Ogos, 2020.

EJEN hartanah terpaksa beralih kepada memberi tinjauan hartanah secara online kepada bakal pembeli luar negara susulan pandemik Covid-19, dan perlu menyempurnakan urus niaga secara digital.

Dalam pasaran Asia Tenggara, Malaysia antara negara paling menarik untuk pelabur dan ekspatriat membeli hartanah mewah, dengan Kuala Lumpur menjadi pusat kehidupan dan perkhidmatan yang mewah.

Ditambah dengan program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), ramai pelabur warga asing membeli kediaman untuk tinggal di Pulau Pinang dan Johor Bahru.

Pengarah Pemasaran Star City Global Florence Ten berkata tinjauan rumah secara online diberi kepada pembeli luar negara menerusi penstriman langsung, untuk melihat sendiri persekitaran hartanah, sementara dokumen guaman boleh dihantar menerusi online jika urus niaga termeterai.

Ten berkata beliau sendiri berjaya mendapatkan 10 urus niaga dalam tempoh penguatkuasaan perintah kawalan pergerakan (PKP), menambah baka pembeli selesa meninjau hartanah dan membelinya menerusi online, jika ada kepercayaan antara pembeli dan penjual.

“Pandemik ini sangat menjejaskan sektor hartanah. Sebelum Covid-19, fokus utama kami ialah pembeli dari Hong Kong, dan purata ada 20 orang dalam sebulan datang meninjau hartanah.

“Kami meramailkan jualan kepada pembeli warga asing akan bertambah baik pada 2020 kerana pelanggan yang datang meninjau hartanah meningkat pada 2019.

“Tetapi kerana pandemik, pelanggan tidak dapat tinjau hartanah sendiri dan pasaran menjadi perlahan.

“Syarikat kami berjaya melengkapkan transaksi RM1.1 bilion pada 2019, dan meningkat kepada RM3 bilion pada 2019. Kami sangka trend itu akan berterusan pada 2020,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Ten berkata MM2H banyak menyumbang kepada pencapaian dan syarikat pembekuannya buat masa ini menjejaskan jualan.

“Tanpa pembeli luar negara MM2H, kami terpaksa cari sendiri warga asing yang berminat untuk membeli hartanah.

“Sebelum ini, mereka di bawah program MM2H akan berpindah ke Malaysia kerana anak belajar di sini, dan hartanah yang dibeli biasanya dekat dengan universiti.

“Sebagai contoh, mereka yang ada anak belajar di sekolah antarabangsa di Putrajaya akan membeli hartanah di sana. Mont Kiara di Kuala Lumpur juga ada sekolah antarabangsa dan itu juga menjadi pilihan warga asing,” katanya.

Ten berkata kira-kira 60% pembeli di bawah program MM2H tinggal di hartanah yang dibeli, sementara baki 40% menjadikan hartanah sebagai pelaburan. – 24 Ogos, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen