Jangan ambil hadis secara literal, Allah tak benarkan monopoli


SESUATU hadis, tidak cukup dilihat pada literal hadis tanpa diperhatikan sama dari sudut konteks hadis.

Ekoran itu, antara masalah besar pada kalangan IS, apabila mereka melakukan tindakan zalim dengan merujuk kepada Hadis dari sudut literal sahaja, tanpa diperhatikan kepada konteks hadis.

Contohnya, orang IS melihat ayat atau hadis perang secara literal, tanpa diperhatikan konteks ayat atau hadis perang itu. Makanya tidak hairan, dalam negara yang aman, ayat atau hadis perang digunakan untuk halalkan tindakan membunuh dan  bertindak sehingga memberi implikasi bahawa Islam  terfitnah sebagai agama keganasan, walhal Islam tidak begitu. Justeru, ia bercanggah dengan Maqasid Syariah yang mengajar bahawa sesuatu ayat dan hadis, pasti pengamalannya memberi implikasi kebaikan kepada manusia.

Demikian juga melihat hadis berkenaan penetapan harga barang, yang dinyatakan bahawa Allah yang menetapkan harga. Hadis ini, dari sudut konteks hadis, andai tidak ada kaitan dengan monopoli. Namun, jika ada kaitan dengan monopoli dan permainan harga dari golongan kapitalis, ia tidak termasuk dalam maksud hadis.

Saya kira, Umno jangan mengambil pendekatan IS dalam menafsirkan ayat Quran atau hadis dalam menghalalkan tindakan Mereka yang tidak benar. Yang mereka perlu sedar bahawa mustahil agama Islam membenarkan tindakan yang membebankan rakyat. Wallahu A’lam. – 9 Disember, 2017.

*Wan Ji Wan Hussin adalah pegawai penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

* Ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan rasmi The Malaysian Insight.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen