KERAJAAN Singapura menasihati rakyat republik ini supaya mengelak daripada melakukan semua perjalanan ke Gaza berikutan tercetusnya keganasan dan pertempuran susulan keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
“Perjalanan tidak perlu ke Tebing Barat, termasuk Baitul Laham, Jericho dan Ramallah, serta kawasan sempadan Israel dengan Semenanjung Gaza, Lubnan dan Syria perlu dielakkan,” menurut nasihat perjalanan yang dikeluarkan Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Singapura yang dikeluarkan di sini hari ini.
“Rakyat Singapura perlu sentiasa berwaspada di Baitulmaqdis, terutamanya di Kota Lama dan Baitulmaqdis Timur,” menurut kenyataan itu. – Bernama, 9 Disember, 2017.
Komen