Jepun tahan nelayan Korea Utara


Sejak akhir-akhir ini, semakin banyak kapal Korea Utara menceroboh sempadan perairan Jepun. – Gambar AFP, 9 Disember, 2017.

POLIS Jepun menahan tiga anak kapal Korea Utara hari ini, ketika kejadian pencerobohan bot Korea Utara yang semakin meningkat kebelakangan ini di negara itu.

Tiga kru itu antara 10 “nelayan” Korea Utara yang dikesan menaiki bot kayu kecil ketika cuaca buruk di utara pulau Hokkaido penghujung bulan lalu.

Seorang kapten berusia 45 tahun dan dua lagi anak kapal, yang mengenalkan diri sebagai warga Korea Utara, ditahan kerana disyaki mencuri jana kuasa, kata jurucakap Jabatan Polis Hokaido.

Tangkapan itu dibuat selepas ada antara mereka melaporkan mengaku “membawa keluar” beberapa barang elektrik dari sebuah pulau Jepun yang tidak berpenghuni ketika mereka singgah mencari tempat berteduh.

Pihak berkuasa mengenal pasti beberapa barangan hilang daripada bangunan di pulau itu termasuk televisyen, mesin basuh, motosikal, gergaji elektrik, panel solar di rumah api, poster anime dan selimut.

Pihak berkuasa Jepun menyoal siasat selepas menarik bot mereka ke pelabuhan berhampiran Hakodate, di selatan Hokkaido, tetapi mereka cuba melarikan diri semalam.

Baki tujuh kru termasuk seorang yang dirawat di hospital, akan dihantar ke pejabat imigresen Jepun, lapor stesen televisyen NHK.

Banyak kapal memancing Korea Utara memasuki pantai Jepun setiap tahun, tetapi bulan lalu saja, pengawal pantai Jepun melaporkan 28 kes, paling tinggi berbanding rekod sebelum ini sejak 2014.

Mengikut rekod, 42 nelayan Korea Utara berjaya diselamatkan berbanding sifar pada tahun lalu – tetapi masih ada kes “kapal hantu” yang penuh dengan mayat.

Pakar berkata nelayan Korea Utara menjelajah jauh dari sempadan untuk memenuhi mandat kerajaan bagi mendapatkan lebih banyak tangkapan.

Tetapi, kapal mereka yang lama dan tidak mempunyai kelengkapan sering terdedah kepada masalah mekanikal dan lain-lain, termasuk kehabisan minyak, malah sukar untuk mereka meminta bantuan. – AFP, 9 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen