DUA rakyat Palestin dibunuh tentera Israel di Gaza pada Jumaat, kematian pertama dalam kekacauan dicetuskan rancangan pemindahan kedutaan Presiden Donald Trump, kata Kementerian Kesihatan.
Lelaki tidak dikenali itu terbunuh dalam pertempuran berhampiran sempadan utara Gaza, selepas kematian pertama di selatan kawasan itu, kata kementerian lagi.
Tentera Israel mengesahkan mereka menembak dua orang di kawasan sempadan, menuduh keduanya sebagai “pencetus utama rusuhan ganas.” – AFP, 8 Disember, 2017.
Komen