Bekas setiausaha kepada bekas menteri serah diri pada SPRM


Kalidevi Mogan Kumarappa

SPRM tahan bekas seorang bekas setiausaha sulit kanan kepada seorang bekas menteri yang melarikan diri sejak dua bulan lalu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 15 Ogos, 2020.

SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berjaya menahan seorang bekas setiausaha sulit kanan kepada seorang bekas menteri yang melarikan diri sejak dua bulan lalu.

Menurut sumber, suspek berusia 29 tahun dikehendaki SPRM berhubung satu siasatan kes rasuah melibatkan RM3.7 juta daripada sebuah kontraktor kementerian pelancongan.

Suspek yang melarikan diri sejak 10 Jun itu bagaimanapun berjaya ditahan semalam apabila menyerah di ibu pejabat SPRM semalam, kata sumber.

Sumber menyebut, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 dan individu itu akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Putrajaya untuk direman.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Ahmad Khusairi Yahaya mengesahkan tangkapan dan menyatakan individu tersebut didakwa pada hari Selasa.

Beliau akan dihadapan ke Mahkamah Sesyen Jenayah Rasuah Kuala Lumpur, katanya.

Tangkapan tersebut susulan pendakwaan ke atas seorang pemilik syarikat yang mempunyai kaitan dengan tender pengiklanan tersebut pada 27 Julai lalu.

Individu tersebut didakwa atas tiga pertuduhan di bawah seksyen 471 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengemukakan invois yang mengandungi butiran palsu.

Beliau juga didakwa menggunakan dokumen palsu berhubung Tender RFP – Global Advertising Agencies and Promotion for Tourism bernilai RM89 juta bagi tempoh dua tahun. – 15 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen