Pengendali kedai makan gesa penjelasan isu pelitup muka


Khoo Gek San

Operator kedai makan berkata mereka patuh SOP ditetapkan kerajaan tetapi tidak pasti bagaimana mengendalikan soalan pelanggan tentang arahan pakai topeng pelitup muka. – Gambar fail The Malaysian Insight, 13 Ogos, 2020.

BILA sepatutnya topeng pelitup muka perlu dipakai di kedai makan dan bila pula boleh dibuka?

Operator kafe dan restoran tidak tahu apa yang perlu diberitahu kepada pelanggan kerana prosedur operasi standard (SOP) kesihatan bagi membendung penularan Covid-19 tidak jelas untuk mereka, kata kumpulan pemilik kedai makan.

Presiden Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia Singapura Ho Su Mong berkata walaupun ahli persatuan itu melakukan tanggungjawab mereka dengan mengingatkan pelanggan tentang SOP, dan menampal notis memakai pelitup muka serta memantau penjarakan fizikal di premis mereka, ramai yang masih tidak pasti mengendalikan soalan pelanggan.

“Tidak jelas sama ada pelanggan boleh buka pelitup muka bila masuk ke kafe, atau mereka perlu memakainya hingga makanan dipesan tiba dan dihidang.

“Pemilik kafe tidak tahu apa nak jelaskan kepada pelanggan. Bila kami nasihatkan pengguna, ada yang kata peraturan itu tidak tertulis,” kata Ho kepada The Malaysian Insight.

Beliah berkata pendirian persatuan ialah untuk ahlinya menasihatkan pelanggan memakai pelitup muka, jika mereka bukan sedang makan.

“Jika pegawai penguatkuasa datang buat pemeriksaan, pelanggan yang kena bayar denda.”

Ho berkata SOP ditetapkan oleh kerajaan persekutuan mungkin berbeza daripada dikenakan oleh kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan.

Ini menyebabkan pengendali kedai makan tidak pasti bila berdepan dengan pelanggan, dan menyebabkan pelanggan bengang.

Pelanggan di kawasan bandar lebih mematuhi peraturan, sementara nasihat sering tidak diendahkan oleh pelanggan di kawasan pinggir bandar atau kawasan lebih kecil, terutama dalam kalangan pelanggan tetap.

Jurucakap Persatuan Operator F&B Malaysia (MyF&B) Joshua Liew berkata ramai pengendali restoran merungut tentang SOP, kerana ia tidak jelas.

Tetapi bagi pelanggan, salah faham boleh berlaku jika peraturan terhadap mereka tidak jelas, katanya. – 13 Ogos, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen