Santa Klaus wujud atau tidak?


Gambar menunjukkan "Santa Klaus" sedang mendukung seorang kanak-kanak. Saintis baru-baru ini mengaitkan kewujudan watak popular itu dengan tokoh agamawan Kristian yang terkenal dengan sifat murah hati iaitu St Nicholas. – Gambar AFP, 8 Disember, 2017.

SAINTIS baru-baru ini telah memberi petunjuk menarik mengenai kewujudan Santa Klaus, apabila mereka mengaitkan tulang kepunyaan St Nicholas, yang menjadi inspirasi kepada watak yang mula wujud pada abad sama kematian St Nicholas.

Sedia maklum oleh semua bahawa St Nicholas meninggal di Turki.

Pengkaji Universiti Oxford yang melakukan kajian terhadap bahagian tulang tulang paha itu mendapati usia tulang itu menjangkau abad keempat.

Menurut legenda, St Nicholas yang digambar berjambang putih meninggal dunia pada tahun 343 masihi.

Beliau juga terkenal dengan kemurahan hati, sikap yang menjadi inspirasi kepada kisah Santa Klaus.

“Banyak relik yang kami kaji mendapati zaman yang terkemudian berbanding sejarah yang kita sedia maklum,” kata pengarah bersama Oxford Relics Centre, Tom Higham dalam satu kenyataan.

“Bahagian tulang ini memberi petanda kepada kami bahawa ianya mungkin sebahagian daripada tulang milik St Nicholas,” kata Higham.

Bahagian tulang yang dikaji itu milik seorang paderi dari Amerika Syarikat, Father Dennis O’Neill.

Namun, sebahagian besar relik yang dikatakan milik St Nicholas ditayangkan di Bari dan Venice, Itali.

Saintis berkata bahagian itu adalah bahagian kiri pubis — bahagian bawah paha kanan — sementara koleksi di Bari hanya mengandungi bahagian atas tulang. Penemuan ini mencadangkan tulang-tulang itu milik orang yang sama.

Relik di Venice meliputi 500 bahagian tulang yang mana kajian anatomi menyimpulkan bahawa ia adalah sebahagian daripada koleksi Bari.

“Keputusan ini membakar semangat kami untuk melihat pada relik Bari dan venice agar dapat buktikan bahagian tulang itu milik orang yang sama,” kata pengarah bersama Oxford Relics Centre, Georges Kazan.

St Nicholas dipercayai hidup di Myra, berdekatan dengan bandar modern Turki sekarang iaitu Demre. Relik beliau telah dibawa dari Turki oleh pelayar Itali.

Legenda kewujudan Santa Klaus bermula pada abad ke-16 pada masa sama St Nicholas terkenal. Bagi memperingati beliau, sebahagian negara Eropah menjadikan 6 Disember sebagai Hari St Nicholas. – AFP, 8 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen