Ahli Parlimen PAS gesa tangguh sesi persekolahan pelajar sekolah rendah 


Diyana Ibrahim Chan Kok Leong

Ahli Parlimen Pasir Mas Ahmad Fadhli Saari berkata sukar untuk para guru mengawasi pelajar sekolah rendah bagi memastikan mereka mematuhi penjarakan sosial. – Gambar fail the Malaysian Insight, 11 Ogos, 2020.

PUTRAJAYA perlu hentikan sesi persekolahan bagi pelajar sekolah rendah kerana mereka tidak dapat mematuhi penjarakan sosial Covid-19, kata ahli Parlimen.

Ahmad Fadhli Saari (Pasir Mas-PAS) berkata, realitinya guru di sekolah rendah sukar untuk mengawal pelajar dan memastikan mereka mematuhi penjarakan sosial.

“Bagaimana guru boleh mengawasi pelajar untuk 12 jam (atau kurang) sehari,” kata Ahmad Fadhli ketika perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata pelajar yang lebih muda hanya mahu bermain dan bercakap dengan rakan mereka di sekolah dan mustahil untuk para guru mengawasi mereka setiap waktu.

“Ini adalah realiti. Dan jika ini masalahnya, mungkin kerajaan perlu pertimbangkan untuk menghentikan sesi persekolahan bagi darjah 1 hingga 3,” kata Ahmad Fadhli.

Ahli Parlimen Kimanis Mohamad Alamin turut bersetuju dan menggesa kerajaan menggantung sesi persekolahan pelajar sekolah rendah.

“Saya turut menerima permintaan daripada ibu bapa di kawasan kampung dan luar bandar untuk kerajaan pertimbangkan bagi menghentikan sesi persekolahan untuk darhaj 1 hingga 3.

“Mereka boleh diberikan cuti lanjutan sehingga Disember kerana kesihatan lebih pening,” kata ahli Parlimen Umno.

Kerajaan mula membuka sekolah secara berperingkat sejak 24 Jun lalu dengan langkah pencegahan Covid-19.

Antara langkah itu termasuk merekodkan suhu badan, menjarakkan tempat duduk pelajar dan hanya meletakkan 20 murid dalam satu kelas.

Kerajaan turut tidak membenarkan aktiviti luar seperti sukan, aktiviti kokurikulum dan perhimpunan.  – 11 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen