Dr Mahathir pergi Sabah boleh jejas Shafie, kata penganalisis


Bernard Saw

Mohd Shafie Apdal mendapat sokongan penuh Dr Mahathir di Sabah selain menjadi calon perdana menteri pilihan bekas perdana menteri itu. – Gambar fail The Malaysian Insight, 10 Ogos, 2020.

KEHADIRAN Dr Mahathir Mohamad di Sabah untuk menyokong Mohd Shafie Apdal dan Warisan dalam pilihan raya negeri akan datang boleh menjadi menjejaskan Shafie kerana kemarahan berlanjutan terhadap projek kad pengenalan yang penuh kontroversi, kata penganalisis.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight bahawa rakyat Sabah masih mengingati projek yang dilaksanakan Dr Mahathir pada tahun 80-an dan 90-an bagi memberikan kewarganegaraan kepada orang asing.

Dr Mahathir secara peribadi terlibat dalam projek yang menyaksikan ribuan pendatang haram menerima kad pengenalan Malaysia bagi membolehkan mereka mengundi Umno dan Barisan Nasional.

Ahli Agora Society Malaysia Chang Hsiao Yi, yang juga pemerhati politik di Sabah, memberitahu The Malaysian Insight bahawa kemarahan rakyat Sabah terhadap isu tersebut boleh menjadi faktor mengapa Dr Mahathir tidak pergi ke negeri Borneo untuk berkempen pada Pilihan Raya Umum ke-14.

“Pada pilihan raya lalu, dia tidak pergi ke Sabah untuk membantu dalam kempen.

“Jika dia datang untuk pilihan raya akan datang, parti-parti pembangkang akan menggunakan Project IC untuk menentangnya,” kata Chang.

Agora Society adalah rangkaian intelektual, penulis dan aktivis yang longgar bertujuan memajukan demokrasi di Malaysia melalui analisis dan cadangan kritikal berdasarkan prinsip demokrasi dan pemerintahan yang baik.

Chang berkata bahawa akan sangat sukar bagi sekutu Dr Mahathir di Sabah untuk mendapat sokongan dengan kehadiran bekas perdana menteri itu, di samping ia menjadi modal isu bagi pihak lawan menyerang beliau dan sekutunya mengenai isu pendatang tanpa dokumen.

Hasil dari keberadaannya juga tidak menguntungkan Warisan terutama jika parti baharu Dr Mahathir turut memutuskan untuk bertanding dalam pilihan raya negeri, katanya lagi.

“Dia akan membuat semua orang, terutama di tempat-tempat yang kebanyakannya orang asli, akan tidak selesa,” kata Chang yang juga anggota biro ekonomi Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor.

Sabah bakal menghadapi pilihan raya kecil setelah Shafie membubarkan DUN berikutan dakwaan pesaingnya Musa Aman daripada Umno mendapat sokongan majoriti.

Dr Mahathir mempunyai hubungan erat dengan Shafie dan Warisan, dan telah mengatakan bahawa beliau akan terbang ke Sabah untuk berkempen bagi pilihan raya yang akan datang menentang Adun yang berpaling tadah dengan menyokong Musa Aman. β€“ 10 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen