18 maut pesawat Air India Express tergelincir, terbelah dua ketika mendarat


Pesawat Boeing 373 dari Dubai itu tergelincir dari landasan dalam hujan lebat, menyebabkan sekurang-kurangnya 17 orang maut dan 100 yang lain cedera. – Gambar AFP, 8 Ogos, 2020.

SEBUAH pesawat Air India Express membawa 190 penumpang dan anak kapal tergelincir dari landasan sebelum terbelah dua ketika mendarat di lapangan terbang Kozhikode, Kerala di India malam tadi.

Pesawat Boeing 373 dari Dubai itu cuba mendarat dalam keadaan hujan lebat tetapi tergelincir dari landasan sebelum terbabas ke kawasan tebing menyebabkan badan pesawat itu terpecah dua.

Setakat ini sekurang-kurangnya 18 disahkan orang maut.

Seratus penumpang yang lain cedera, yang mana 15 daripada mereka parah, kata pihak berkuasa.

Antara yang maut termasuk seorang juruterbang serta dua bayi berusia 10 dan 18 bulan. 

Media tempatan melaporkan pesawat tergelincir selepas dua kali cuba mendarat.

Pesawat berkenaan itu juga membawa rakyat India yang terkandas akibat Covid-19.

Perdana Menteri Narendra Modi menerusi Twitter mengucapkan takziah atas kepada keluarga mangsa.

“Takziah kepada mereka yang kehilangan orang tersayang. Semoga mangsa yang cedera cepat sembuh.”

Sementara itu, Menteri Penerbangan Awam Hardeep Singh Puri berkata siasatan rasmi akan dijalankan segera.

Perdana Menteri Pakistan Imran Khan turut menzahirkan rasa sedih atas kemalangan yang berlaku. – AFP, 8 Ogos, 2020.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen