Bekas presiden Argentina diarahkan ditangkap


Cristina Kirchner diarahkan ditangkap atas dakwaan menyembunyikan pembabitan Iran dalam pengeboman di sebuah pusat Yahudi di Bueno Aires yang mengorbankan 85 nyawa pada 1994. – Gambar AFP, 8 Disember, 2017.

HAKIM di Argentina semalam mengarahkan bekas presiden Cristina Kirchner ditangkap atas dakwaan menyembunyikan pembabitan Iran dalam pengeboman di sebuah pusat Yahudi di Bueno Aires yang mengorbankan 85 nyawa pada 1994.

Hakim Claudio Bonadio turut mengarahkan Senat memulakan prosedur untuk melucutkan imuniti parlimen Kirchner, yang memerlukan majoriti dua pertiga.

Kirchner, 64, mengadakan sidang akhbar di Buenos Aires bagi menyangkal tuduhan itu dan berkata perintah tangkapan ke atasnya itu “tindakan melanggar undang-undang”.

Kirchner yang selama ini mendakwa semua konflik undang-undangnya bermotifkan politik, menuduh Presiden Mauricio Macri “memanipulasi” sistem keadilan untuk “menganiaya pembangkang”.

Pada sidang akhbar itu juga Kirchner menyifatkan dakwaan Hakim Bonadio sebagai “penghinaan kepada risikan Argentina”.

Bonadio juga mengarahkan bekas menteri luar negeri Bonadio juga memerintahkan penangkapan mantan menteri luar negeri Hector Timerman dan beberapa bekas pegawai lain dalam kerajaan Kirchner, termasuk bekas pembantunya, Carlos Zannini ditangkap.

Bekas ketua Agensi Perisikan Persekutuan, Oscar Parrilli, diletakkan di bawah tahanan rumah dan dilarang meninggalkan negara itu. – AFP, 8 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen