Shafie lebih rela berdepan pilihan raya daripada biarkan 'katak' tubuh kerajaan


Kamles Kumar

Mohd Shafie Apdal terpaksa mengambil keputusan bubar DUN Sabah untuk menghentikan 'jual beli' politik. – Gambar fail The Malaysian Insight, 7 Ogos, 2020.

MOHD Shafie Apdal berkata beliau memilih untuk mengadakan pilihan raya di Sabah kerana mahu rakyat memutuskan sendiri kerajaan pilihan dan bukannya terjebak tawar menawar dengan Adun.

Ketua menteri sementara dan presiden Warisan itu berkata pentadbirannya berdepan ancaman, gangguan dan usaha “jual beli” politik sejak Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kerajaan persekutuan pada Mac.

“Saya sebenarnya tidak mahu membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) kerana kita berdepan banyak masalah negara.

“Tetapi ketika saya melihat sesuatu, cara mereka bertindak, biarlah rakyat memutuskannya (berhubung kerajaan negeri),” kata Shafie dalam wawancara bersama BFM’s Breakfast Grille pagi ini.

Beliau mendakwa beberapa Adun Warisan diancam pemungut cukai, termasuk gangguan di rumah mereka.

“Segala macam ancaman dan gangguan dilakukan. YB terpaksa berpindah rumah. Malah mereka membuat laporan polis. Salah seorang YB yang terjejas adalah Jennifer Lasimbang,” kata Shafie merujuk kepada Adun Moyog daripada Warisan.

Beliau juga mempersoalkan dakwaan dibuat oleh pesaingnya Musa Aman mengenai mempunyai majoriti untuk membentuk kerajaan.

Shafie berkata beliau mempunyai akaun bersumpah ditandatangani 45 Adun untuk menyokongnya.

“Pengumuman dibuat dan mereka berkata mempunyai nombor. Mereka tidak mempunyai nombor. Saya mempunyai 45 Adun yang menandatanganinya di depan saya,” katanya. – 7 Ogos, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen