AHLI Parlimen Bagan Lim Guan Eng sekali lagi dipanggil untuk disoal siasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini, kata sumber DAP.
Mereka berkata bekas menteri kewangan itu diminta hadir ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya selepas sesi Parlimen berakhir petang tadi.
Difahamkan, Lim tiba di Putrajaya pada jam 9.10 malam.
“Dia masih berada di sana dengan mereka,” kata seorang pemimpin parti ketika dihubungi.
Dia bagaimanapun tidak pasti berapa lama Lim akan ditahan untuk disoal siasat atau akan ditangkap.
Sudah ada perbincangan bahawa Lim akan ditahan oleh SPRM hari ini.
SPRM dijangka mengeluarkan kenyataan mengenai perkara itu hari ini.
Ini adalah jail keempat Lim disoal oleh SPRM mengenai projek terowong bawah laut Pulau Pinang.
Sesi terakhirnya dengan mereka adalah selama lapan jam disoal siasat pada penghujung Julai.
Awal bulan lalu SPRM telah merakam kenyataan daripada Chow Kon Yeow yang menggantikan Lim sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.
Tuduhan rasuah mengenai projek tersebut pertama kali dilbangkitkan oleh blogger Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin yang juga merupakan bekas ahli PKR.
Pada Februari dan Mac tahun lalu beliau menuduh ketua menteri Pulau Pinang, Lim dan exco negeri, turut serta dalam “kerjasama jenayah” dan menerima sogokan berkaitan dengan projek itu.
Exco yang telah disoal oleh SPRM adalah Jagdeep Singh Deo, yang memegang portfolio kerajaan tempatan, Chong Eng (pembangunan wanita dan keluarga), Phee Boon Poh (masyarakat dan kebajikan) dan Lim Hock Seng (kerja, utiliti dan pengangkutan).– 6 Ogos, 2020.
Komen