NGO warisan kecam perobohan bangunan bersejarah Bukit Fraser


Kajian mendalam perlu dilakukan sebelum perobohan sebarang bangunan bersejarah di Bukit Fraser. – Gambar Facebook, 6 Ogos, 2020.

BADAN Warisan Malaysia (BWM) mengecam perobohan bangunan era penjajah di Bukit Fraser bagi membolehkan pembinaan resort 14 tingkat dan spa oleh pemaju persendirian.

“Kami giat bekerja untuk memelihara warisan negara untuk generasi masa depan. Kerana itu, kami kecewa mendengar yang aspek penting seni bina yang signifikan ini sudah dirobohkan tanpa pertimbangan lajut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kumpulan aktivis itu juga memberi amaran pembangunan berlebihan akan menjejaskan nilai Bukit Fraser sebagai tarikan pelancongan.

Kawasan unik dengan seni bina tinggalan penjajah itu terletak di tanah tinggi berhampiran Raub, Pahang dan aksesnya yang terhad membolehkan warisan bersejarah, seni bina dan alam semulajadi terpelihara, kata BMW.

“Pembangunan tanpa semak imbang akan menjejaskan kualiti ini yang menjadikannya ia tarikan kepada pelawat tempatan dan asing selama ratusan tahun,” katanya, menambah yang Bukit Fraser juga baharu menyambut ulang tahun ke-100 tahun lepas.

Kumpulan pemeliharaan warisan itu mendesak kerajaan Pahang mempertimbangkan perlindungan terhadap nilai warisan dan sejarah Bukit Fraser yang tidak ternilai.

“Penting untuk pihak berkuasa negeri untuk mengawal pembangunan di masa depan untuk mengekalkan skala pedalaman yang sedia ada dan tidak melakukan urbanisasi yang akan memusnahkan tarikan Bukit Fraser sebagai kawasan pelancongan.

“Walaupun kami mengakui yang ia adalah hartanah milik persendirian, sangatlah dikesalkan yang peluang untuk mendokumentasikan seni bina bangunan bersejarah ini melalui kajian terperinci sudah hilang.”

Pemeliharan dan perekodan seni bina perlu dilakukan sebelum perobohan dilakukan bagi kegunaan masa hadapan, tambah BMW.

Akhbar New Straits Times hari ini melaporkan yang perobohan itu, juga berkata pemaju sama terlibat dalam pengambilalihan sebuah banglow bersejarah milik syarikat minyak dan gas.

Beberapa banglow bersejarah Bukit Fraser dibina ketika zaman penjajahan diambil alih oleh syarikat swasta dan digunakan sebagai rumah percutian kakitangan mereka. – 6 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen