SOP PRK Chini digunakan dalam PRK Slim, kata Ismail Sabri


Noel Achariam

Menteri Pertahanan Ismail Sabri Yaakob berkata penggunaan topeng muka juga diwajibkan sepanjang PRK Slim berlangsung. – Gambar fail The Malaysian Insight, 6 Ogos, 2020

PROSEDUR Operasi Standard (SOP) dalam PRK China bulan lalu akan digunakan pada PRK Slim akhir bulan ini dengan beberapa peningkatan, kata Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Pertahanan berkata garis panduan itu akan membolehkan pusat operasi parti dibuka sepanjang tempoh pilihan raya termasuk pada hari pengundian dengan syarat ia mematuhi SOP ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya.

“Pusat operasi perlu didaftarkan dengan SPR terlebih dahulu bagi memudahkan proses pemantauan.

“Kempen dan ceramah hanya dibenarkan di kawasan tertutup untuk memudahkan proses pemantauan dan pemeriksaan suhu badan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Ismail Sabri juga berkata jumlah kehadiran harus sesuai dengan ukuran kawasan, dengan keperluan untuk menjaga jarak sosial dan tidak boleh melebihi 250 individu pada satu-satu masa.

Beliau berkata penggunaan topeng muka juga diwajibkan sepanjang PRK berlangsung.  – 6 Ogos, 2020

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen