EJEN perkhidmatan rahsia Slovenia mogok buat kali pertama dalam sejarah agensi itu untuk mendesak kenaikan gaji dan persekitaran kerja lebih baik, kata kerajaan hari ini.
Kenyataan itu bagaimanapun mengatakan yang “semua tugasan penting untuk keselamatan dan kepentingan lain negara” masih dilakukan.
Laporan media menyebut mogok bermula semalam dan gaji ejen baru antara €750-1,000 (RM3,600-RM4,800) adalah lebih rendah daripada purata gaji nasional.
Pekerja sektor lain di negara kecil anggota Kesatuan Eropah yang mempunyai lebih dua juta rakyat itu juga mendesak kenaikan gaji.
Bekas republik Yugoslavia itu terjejas teruk ketika krisis kewangan dunia 2008-2009 tetapi ekonomi dijangka bertumbuh baik pada kadar 4% tahun ini dan akan datang. – AFP, 7 Disember, 2017.
Komen