Kes baharu Covid-19 melonjak dari satu kes ke 21 dalam tempoh 24 jam 


Bede Hong

KES baharu Covid-19 melonjak dari satu kes semalam kepada 21 kes hari ini yang mana majoritinya adalah kes import, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Daripada 21 kes itu, 15 adalah kes import, kesemuanya melibatkan warga Malaysia, kata Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan. 

Bagi enam kes penularan tempatan, tiga adalah daripada kluster Sivagangga; dua daripada ujian saringan di Hospital Queen Elizabeth dan Hospital Wanita dan Kanak-Kanak di Sabah; dan kes terakhir dikesan dalam prosedur pra-pembedahan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. 

Jumlah keseluruhan kini adalah 9,023, dengan jumlah kes pulih keseluruhan ada 8,702. Terdapat 196 kes aktif. 

Tiada kematian baharu dilaporkan menjadikan jumlah itu kekal pada 125. 

Dua pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) namun tiada yang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Mengulas lanjut berhubung kes import, Noor Hisham berkata 12 kes melibatkan rakyat Malaysia pulang dari Yaman, dan juga dari Papua New Guinea (1), Ivorry Coast (1) dan UK (1).

“Kesemua pesakit dikuarantin sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, oleh itu mereka bukan ancaman kepada ksihatan awam,” kata Dr Noor Hisham dan menambah protokol ujian saringan kesihatan di sempadan Malaysia masih diteruskan. 

Sementara itu, Noor Hisham berkata tiga kes baharu melibatkan kluster Sivagangga di Kedah merupakan kes generasi kedua kerana kontak rapat dengan pesakit lain.

Noor Hisham berkata dua pesakit terbabit adalah anak kepada kes 9,000, seorang mengalami kesukaran bernafas pada 30 Julai namun tidak mendaoatkan rawatan perubatan ketika itu.

Kes baharu ketiga pesakit demam dan sukar bernafas pada 2 Ogos dan mendapatkan rawatan di Klinik Taman Selasih di Kulim. 

“Maklumat palsu mengenai kawasan yang dikunjungi pesakit ini sedang tersebar. Orang awam diingatkan agar tidak menyebarkan maklumat palsu. Pengesanan kes aktif akan diteruskan dan sebarang perkembangan akan dimaklumkan kepada orang awam.”

Tambah Noor Hisham, kesemua tiga pesakit terbabit telah dikuarantin dan dimasukkan ke wad di Hospital Sultanah Bahiyah di Kedah semalam. 

Setakat hari ini 1,647 orang yang berkaitan dengan kluster ini telah menjalani ujian saringan. Daripada jumlah itu, 24 disahkan positif manakala 869 lagi masih menunggu keputusan ujian. Daripada jumlah yang positif itu, 19 adalah rakyat Malaysia manakala lima lagi merupakan warga asing.– 5 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen