Jumlah kematian global Covid-19 mencecah 700,000 orang


Seorang pekerja kesihatan yang memakai alat pelindung diri (PPE) bercakap dengan pesakit di sebelah khemah di luar hospital yang dipenuhi pesakit di Manila, Filipina. – Gambar EPA, 5 Ogos, 2020.

WABAK koronavirus telah membunuh lebih 700,000 orang di seluruh dunia sejak pertama kali ia muncul di China pada Disember, menurut pekiraan AFP yang disusun dari sumber rasmi hari ini.

Sebanyak 700,489 kematian dicatat dan daripada 18,547,833 kes, seramai 10,889,745 sudah pulih.

Eropah antara yang paling teruk terjejas dengan 211,365 kematian dicatatkan.

Hampir separuh daripada kematian yang dilaporkan di seluruh dunia berlaku di empat negara yang paling teruk dilanda virus berkenaan iaitu Amerika Syarikat (156,806), Brazil (95,819), Mexico (48,869) dan Britain (46,299).

Jumlah kematian akibat Covid-19 meningkat dua kali ganda sejak 26 Mei dan kira-kira 100,000 kematian dicatatkan dalam masa kurang dari tiga minggu.

Jumlah yang dicatatkan mungkin hanya sebilangan kecil dari jumlah sebenar jangkitan.

Banyak negara hanya menguji kes-kes simptomatik atau yang paling serius. β€“ AFP, 5 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen