Menteri luar Lubnan letak jawatan


Menteri luar Lubnan Nassifk Hitti meletak jawatan semalam sebagai protes terhadap kegagalan kerajaan menangani krisis ekonomi. – Gambar Facebook, 4 Ogos, 2020.

MENTERI luar Lubnan Nassifk Hitti meletak jawatan semalam sebagai protes terhadap kegagalan kerajaan menangani krisis ekonomi.

“Saya buat keputusan meletak jawatan hari ini sebagai menteri luar,” katanya dalam satu kenyataan, berkata kerajaan tidak menunjukkan kesungguhan untuk memulakan perubahan yang dituntut Bank Dunia.

“Saya menyertai kerajaan dengan logik berkhidmat untuk satu majikan saja iaitu Lubnan,” kata bekas diplomat berusia 67 tahun itu.

“Tetapi saya mendapati di negara ini ada banyak majikan dan kepentingan yang bercanggah.

“Jika mereka tidak bersatu demi kepentingan rakyat Lubnan makan kapal ini akan karam dengan semua orang di dalamnya,” katanya.

Penyandangnya yang dinamakan dalam tempoh beberapa jam saja ialah Charbel Wahbe, seorang bekas duta dan penasihat kepada Presiden Michel Aoun.

Lubnan pada masa ini terperangkap dalam krisis ekonomi terburuknya sejak perang saudara 1975-1990, dengan inflasi dan kemiskinan, menyebabkan protes jalanan.

Kerajaan Perdana Menteri Hasan Diab ditubuhkan pada Januari dan dianggap sebagai pentadbiran teknokrat, bergelut untuk mendapatkan sokongan kewangan antarabangsa. – AFP, 4 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen