Empat kes Covid-19 pulih, 2 kes baharu dicatat


Bede Hong

Daripada penularan tempatan, satu kes baharu dikesan di kluster Sivagangga di Kedah, sementara yang lain dikesan di pintu masuk Labuan melibatkan seorang pelajar yang kembali ke tanah air. – Gambar fail The Malaysian Insight, 3 Ogos, 2020.

MALAYSIA mencatatkan empat pemulihan kes Covid-19 setakat tengah hari ini, dengan dua kes baharu dilaporkan dalam tempoh yang sama, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah hari ini.

Tidak ada kematian baru yang dilaporkan, menjadikan jumlah korban masih sebanyak 125.

Jumlah kes terkini adalah 9,001 dengan keseluruhan pemulihan berjumlah 8,668. Sementara itu 208 kes aktif Covid-19 dicatatkan.

Kedua-dua kes baharu tersebut adalah penularan tempatan yang melibatkan rakyat Malaysia.

Seorang pesakit kini sedang dirawat di unit rawatan rapi.

Daripada penularan tempatan, satu kes baharu dikesan di kluster Sivagangga di Kedah, sementara yang lain dikesan di pintu masuk Labuan melibatkan seorang pelajar yang kembali ke tanah air.

Mengenai kluster Sivagangga, Noor Hisham berkata 425 orang telah disaring setakat tengah hari tadi. Daripada jumlah itu, 21 orang termasuk 16 penduduk tempatan dan lima warga asing diuji positif Covid-19 sementara 42 yang lain sedang menunggu keputusan mereka. – 3 Ogos, 2020.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen