PUTRAJAYA meluluskan permohonan kerajaan negeri Kedah untuk menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ssecara pentadbiran di Kubang Pasu berikutan 11 kes Covid-19 melibatkan kluster Sivagangga dikesan,” kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.
Menurut beliau arahan itu berkuatkuasa di empat kawasan terutamanya di Restoran Nasi Knadar Salleh di Pekan Napoh, Kampung Pida Satu Megat Dewa, Kampung Bendang Dalam dan Kampung Ulu Padang Sanai.
“PKP secara pentadbiran ini akan berkuuatkuasa 3 Ogos hingga 30 Ogos,” katanya pada sidang media hari ini.
“Sekatan jalan raya akan dibuat di laluan masuk ke empat kawasan berkenaan dan sesiapa yang merancang untuk masuk ke kampung itu tidak dibenarkan.”
Mengulas lanjut, Ismail Sabri berkata Kementerian Kesihatan akan menjalankan ujian saringan ke atas 7,000 penduduk di kawasan terlibat.
Katanya, semua aktiviti keagamaan juga tidak dibenarkan.
“Masjid dan rumah ibadat di kawasan itu akan ditutup. Tiada aktiviti keagamaan termasuk solat Jumaat.
“Hanya tiga orang dibenarkan untik melakukan solat berjemaah di masjid,” katanya.
Semalam, lima buah sekolah di daerah Kubang Pasu dan Padang Terap yang dikaitkan dengan kluster Sivagangga ditutup sehingga 29 Ogos.
Keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara dengan Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor dan selaras dengan pelaksanaan PKP secara pentadbiran di Ah, Hosba dan Binjal di Kubang Pasu, dan Kampung Ulu Padang Sanai di Padang Terap.– 3 Ogos, 2020.
Komen