Lebih 47,000 kes baharu Covid-19 di AS


Sehingga kini AS melaporkan 4,665,002 kes dengan 154,834 kematian. – Gambar AFP, 3 Ogos, 2020.

AMERIKA Syarikat merekod 47,508 lagi kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam semalam, menurut Johns Hopkins University.

Sebanyak 515 kematian juga dilaporkan setakat 8.30 malam waktu tempatan, kata universiti di Baltimore itu.

Kes harian yang dilaporkan sedikit menurun selepas lima hari berturut-turut AS mencatat lebih 60,000 jangkitan baharu dalam sehari.

Sehingga kini negara yang paling teruk terjejas akibat Covid-19 itu melaporkan 4,665,002 kes dengan 154,834 kematian. – AFP, 3 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen