Tentera Honduras musnahkan landasan kecil milik sindiket dadah 


Tentera Honduras berjaya memusnahkan 246 landasan yangd igunakan sindiket dadah sejak 2014.– Gambar EPA, 3 Ogos, 2020.

TENTERA Honduras pada Ahad melaporkan berjaya memusnahkan landasan kecil rahsia yang digunakan sindiket pengedar dadah, lapor agensi berita Xinhua.

Kejayaan terbaru itu menjadikan jumlah landasan kecil yang berjaya dimusnahkan setakat tahun ini sebanyak 21. Sejak 2014 keseluruhan 246 landasan telah dimusnahkan. 

Landasan sepanjang satu kilometer panjang dan 30 meter lebar itu terletak di Llanos de Puno di timur laut Honduras, berhampiran sempadan Nicaragua.

Sebuah pesawat kecil membawa 901 kilogram kokain baru-baru ini berjaya dipintas di kawasan yang sama dalam operasi antidadah ketenteraan.

Koridor Caribbean Amerika Tengah satu daripada laluan paling kerap digunakan untuk mengangkut dadah dari pusat pengeluaran Amerika Selatan ke pasaran Amerika Syarikat.– Bernama, 3 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen