Syarikat perunding mungkin gulung tikar selepas program MM2H dibekukan


Khoo Gek San

Presiden Persatuan Ejen MM2H Lim Kok Sai berkata pihaknya sudah menghantar surat kepada kementerian namun tiada sebarang maklum balas diterima. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 Ogos, 2020.

KIRA-KIRA 100 syarikat perunding mungkin akan gulung tikar dalam beberapa bulan lagi selepas Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H) dibekukan sementara oleh kerajaan.

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menggantung sementara program berkenaan sehingga hujung tahun ini, yang mana lagkah itu menyebabkan syarikat perunding tidak menjana pendapatan sejak tujuh bulan lalu ketika penularan wabak Covid-19. 

Presiden Persatuan Ejen MM2H Lim Kok Sai berkata pihaknya telah menghantar surat kepada menteri berkenaan Nancy Shukri empat kali untuk mengadakan pertemuan namun masih belum ada sebarang maklum balas. 

Dianggarkan 3,000 permohonan diproses oleh ahli persatuan itu telah dikembalikan. 

“Kita mempunyai 250 ahli dan kira-kira 200 ahli aktif. Sekiranya kementerian tidak mempedulikan kami, dianggarkan lebih 100 syarikat perudning akan gulung tikar dalam tempoh 3 bulan. 

“Bulan depan merupakan tempoh kritikal.

“Dokumen yang dikembalikan pada September tahun lalu juga sebahagian daripada deposit, yang digunakan untuk memproses dokumen dan membayar gaji pekerja untuk pelbagai agensi. 

“Permohonan tahun lalu dikembalikan kepada kami secara mengejut. Semua usaha adalah sia-sia. Saya tidak tahu bagaimana untuk bayar balik deposit,” katanya kepada The Malaysian Insight. 

Beliau berharap kementerian akan memberikan maklum balas kepada agensi perundingan dalam tempoh sebulan, sama ada dokumen yang dihantar pada tahun lepas dibenarkan untuk dihantar semula. 

Lim menganggarkan kira-kira 2,000 permohonan dikembalikan dan kerugian berjumlah RM1.5 bilion. Katanya banyak syarikat perunding memberhentikan pekerja mereka dan membiarkan pekerja mengambil cuti tanpa gaji. 

“Bagi syarikat yang mempunyai dua hingga tiga pekerja, mereka akan mengambil cuti tanpa gaji dan hari bekerja dikurangkan kepada dua hari daripada lima hari seminggu. 

“Kita cuba lakukan apa sahaja untuk menjana pendaoatan dan mengurangkan perbelanjaan namun pada bulan depan sekiranya tiada perkembangan, sukar untuk melihat syairkat berkenaan tidak berhentikan pekerja.” 

Pada 29 Jun, kerajaan mengumumkan program MM2H dibekukan dan permohonan tahun lalu dikembalikan. Namun tiada sebab jelas diberikan mengapa ia memerlukan semakan semula, atau sama ada permohonan sebelum ini boleh dihantar semula. 

“Kita katakan 90% permohonan diluluskan, kerana ketika permohonan dihantar pada fasa pertama, pegawai sudah membuat saringan permohonan yang tidak layak. 

“Hanya warga asing yang memenuhi syarat boleh memohon. Justeru, kita maklumkan pemohon bahawa 90% daripada permohonan akan diluluskan. Hari  ini, kita semua dilayan seperti penipu. 

“Kami tidak dapat  jawab soalan pelanggan. Tiada jawapan mengenai bila program akan dibuka semula. Tiada sebab mengapa jabatan berkenaan mengembalikan dokumen permohonan. 

“Ironinya, dokumen yang kami hantar menyatakan maklumat peribadi dan dokumen yang dihantar kini menjadi milik kerajaan dan tidak boleh ditarik balik. Mengapa kembalikan semula kepada kami?

“Sekiranya kerajaan terus mengabaikan dan mengelak daripada tanggungjawab, warga asing akan anggap kita sebagai penipu dan tidak akan datang ke Malaysia untuk melabur dan menjalankan perniagaan.”

Beliau berkata tujuan program ini adalah untuk menggalakkan warga asing memohon banyak visa masuk dan keluar, dan hanya sedikit yang benar-benar tinggal di negara ini.

“Sebelum munculnya wabak ini, kami pergi ke Hong Kong dan China untuk mempromosikan program ini, dengan harapan dapat menarik lebih banyak orang asing untuk melabur di Malaysia. Pelaburan dapat memacu hartanah dan ekonomi tempatan.
 
“Mengapa kerajaan tidak fikir tentaang kami? Kami menarik pelaburan asing ke Malaysia, namun kamu menghentikan prohgram ini dan biarkan warga tempatan hilang pekerjaan dan sumber pendapatan.”

Sementara itu, Naib Pengerusi Persatuan Ejen MM2H Anthony Liew berkata, beliau juga merupakan perunding sepenuh masa. Namun kini beliau terpaksa bertkar kepada pekerjaan lain. 

Beliau mengatakan bahawa walaupun rancangan itu disambung semula, banyak perunding dan perantara akan kecewa.
 
“Ada yang mula beralih ke perniagaan dalam talian. Ada yang telah lama menjalankan perniagaan ini akan merasa sukar untuk mencari pekerjaan lain. Ada yang baru mula mencari pekerjaan lain.

“Saya orang yang agak konservatif. Saya biasanya mempunyai simpanan, tetapi saya tidak dapat bertahan lebih dari tiga bulan dengan pendapatan sifar. Saya perlu membayar gaji kakitangan dan sewa syarikat.

“Setakat ini, saya tidak memberhentikan pekerja. Sekiranya saya teruskan, saya mungkin mempertimbangkan untuk melakukannya.” – 4 Ogos, 2020.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen