17 kes pulih Covid-19, 14 kes baharu  


Bede Hong

13 kes baharu melibatkan penularan tempatan, manakala satu adalah kes import dari Filipina.– Gambar fail The Malaysian Insight, 2 Ogos, 2020.

MALAYSIA merekodkan 17 kes pulih setakat tengah hari ini, dengan 14 kes baharu dilaporkan dalam tempoh yang sama, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sau kenyataan hari ini.

Tiada kes kematian terbaharu dilaporkan menjadikan jumlahnya kekal 125.

Jumlah keseluruhan kes adalah 8,999 yang mana 210 adalah kes aktif.

13 kes baharu melibatkan penularan tempatan, manakala satu adalah kes import dari Filipina.

Dua pesakit dirawat di uit rawatan rapi (ICU) yang mana seorang memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah keseluruhan pesakit yang didiscaj adalah 8,664.

11 kes penularan tempatan dikesan di Kedah dikaitkan dengan kluster Sivagangga. Baki dua kes dikesan di puntu masuk Labuan melibatkan pelajat yang kembali dari Sandakan, Sabah dan pelancong dari Penampang, Sabah.

Dalam kluster Sivagangga, Noor Hisham berkata 313 orang telah dikuarantin setakat tengah hari ini. Daripada jumlah itu, 15 adalah warga Malaysia dan 5 warga asing disahkan positif Covid-19 manakala 13 lagi masih menunggu keputusan.

Tiada kes aktif memerlukan rawatan rapi. Setakat ini tiada kematian dilaporkan daripada kluster ini, kata Dr Noor Hisham.

Hari ini 11 kes positif dilaporkan di Sabah, lapan pesakit dipercayai mempunyai kontak rapat dengan pelajar tujuh tahun yang dijangkiti.

Tiga lagi dijangkiti kerana mempunyai kontak rapat dengan pelajar 10 tahun yang dijangkiti.

Kesemua pesakit dimasukkan di Hospital Sultanah Bahiyah di Alor Setar untuk pengasingan dan rawatan.

Pegawai kesihatan daerah kini menjalankan Pengesanan Kes Aktif, dengan proses disinfeksi dijalankan di sekolah dan rumah bagi kes yang dikesan, kata Dr Noor Hisham. – 2 Ogos, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen