Malaysia menolak sekeras-kerasnya cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk menjadikan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel sampai bila-bila, tegas Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berkata cadangan Amerika Syarikat itu amat mengejutkan dan tidak mungkin diterima oleh umat Islam.
“Sesunguhnya Umno tidak akan sesekali berkompromi dengan apa jua hal yang melibatkan penghinaan ke atas kesucian dan tingginya agama Islam serta syiar bukan saja di tanah air bahkan di seluruh pelusuk tanah air.
“Makanya saya selaku presiden Umno dan Perdana Menteri Malaysia mengajak para perwakilan ahli dari dalam dan luar sana serta semua yang berada untuk bangun dan menzahirkan pendirian kita selantang- lantangnya agar dunia mendengar gema suara umat Islam,” katanya.
Penegasan Najib itu disambut oleh perwakilan Umno yang bangun mengangkat tangan dan melaungkan takbir.
Dalam ucapannya Najib turut menyentuh bahawa Malaysia dilihat oleh mata dunia sebagai sebuah negara Islam sebenar.
“Keamanan dengan pelbagai fahaman dan agama mampu berlaku di Malaysia dan tidak mudah dilaksanakan di negara Islam lain.”
Oleh itu Malaysia akan terus prihatin dan berperanan aktif membantu umat Islam di serata dunia terutama Palestin dan Myanmar, tambahnya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar di Persidangan Perhimpunan Agung Umno 2017 di PWTC hari ini selepas Presiden AS Donald Trump mengumumkan pengiktirafan tersebut secara rasmi.
Kementerian Luar Malaysia dalam kenyataan hari ini turut mendesak pentadbiran Presiden Donald Trump mempertimbangkan semula keputusan itu.
Kenyataan Wisma Putra menyebut, keputusan Trump itu akan mengakhiri semua usaha yang dibuat dalam mencapai keamanan di Timur Tengah, yang berpusat kepada persoalan tentang rakyat Palestin.
“Malaysia sangat bimbang tentang laporan mengenai keputusan AS untuk mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan hari ini.
“Ia akan sangat menjejaskan bukan saja keselamatan dan kestabilan wilayah itu, tetapi turut membangkitkan sentimen, menyukarkan lagi usaha memerangi keganasan.”
IKalangan pemimpin Palestin berang dengan pengumuman Trump dan kalangan pemerhati bagaimanapun melihat pengumuman itu sebagai “deklarasi perang” dan menjangka akan timbul lebih banyak pergolakan di Timur Tengah.
Dalam pengumumannya, Trump berkata beliau mengarahkan jabatan negara AS untuk membangunkan rancangan bagi memindahkan kedutaan AS dari Tel Aviv ke kota Bailtulmaqdis
“Saya sudah pastikan bahawa inilah masanya untuk mengiktiraf Jerusalem (Baitulmaqdis) secara rasmi sebagai ibu kota Israel,” kata Trump yang turut berhasrat untuk “melakukan apa saja” dalam bidang kuasanya untuk membantu membentuk rundingan damai di antara Israel dan Palestin.
I have determined that it is time to officially recognize Jerusalem as the capital of Israel. I am also directing the State Department to begin preparation to move the American Embassy from Tel Aviv to Jerusalem… pic.twitter.com/YwgWmT0O8m
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) December 6, 2017
Komen