Moratorium bersasar bantu peminjam, bank, kata penganalisis


Ragananthini Vethasalam

Moratorium bersasar adalah cara lebih baik menolong rakyat berbanding secara umum kerana ia akan memberi faedah kepada peminjam yang benar-benar memerlukan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 Julai, 2020.

LANJUTAN penangguhan moratorium pinjaman dan kemudahan pembayaran yang fleksibel bukan sahaja akan membantu peminjam yang memerlukan bantuan, tetapi membolehkan sektor perbankan terus beroperasi, kata penganalisis.

Ketua Ekonomi AmBank Group Anthony Dass berkata pendekatan bersasar adalah cara lebih baik untuk menolong orang ramai daripada moratorium umum kerana ia akan memastikan memberi faedah hanya kepada peminjam memerlukan sementara yang lain boleh terus membayar hutang mereka.

“Inilah yang biasa kami lakukan pada masa lalu, bahkan selama krisis kewangan Asia 1997/1998,” katanya kepada The Malaysian Insight.

“Ketika moratorium pertama kali diperkenalkan, tindakan secara umum menyaksikan mereka yang tidak memerlukannya turut mengambilnya.

“Saya juga perhatikan ada sedikit wang yang masuk ke pasaran saham.”

Beliau berkata walaupun moratorium terdahulu memberi manfaat kepada peminjam, bank bergelut kerana tiada pendapatan daripada faedah selama enam bulan.

Anthony berkata walaupun terdapat kempen untuk melanjutkan moratorium untuk semula selama enam bulan lagi, perniagaan di sektor ekonomi tertentu meningkat pada Mei dan Jun.

“Jika tempoh moratorium dilanjutkan enam bulan lagi, risiko yang ia berpotensi menjadi mentaliti subsidi sangat tinggi.”

Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz sebelum ini berkata sektor ini dianggarkan mengalami kerugian sehingga RM6.4 bilion kerana moratorium enam bulan.

Bersetuju dengan angka dikeluarkan menteri, Anthony berkata bank tidak mempunyai pendapatan daripada pembayaran faedah ketika moratorium enam bulan yang akan berakhir pada September ini. – 30 Julai, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen