Kes baharu melebihi kes pulih untuk hari ke-13 berturut-turut 


Ravin Palanisamy

KES jangkitan Covid-19 baharu mengatasi pesakit yang sembuh untuk hari ke-13 berturut-turut selepas 13 lagi kes dikesan setakat tengah hari semalam, umum Kementerian Kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata setakat hari ini kes aktif meningkat kepada 220, menjadikan keseluruhan kes 8,956.

Lima kes pulih dilaporkan menjadikan jumlah kes pulih keseluruhan 8,612.

Kali terakhir kes pulih direkodkan lebih tinggi berbanding kes baharu adalah pada 16 Julai lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata daripada 13 kes baharu itu, lapan adalah kes import manakala lima adalah penularan tempatan.

Penularan tempatan melibatkan tiga rakyat Malaysia dan dua warga asing.

“Satu kes di Johor dikean ketika ujian saringan di tempat kerja, satu dari Kluster Sentosa dan satu lagi kes dikesan dalam ujian saringan di Kota Kinabalu, Sabah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata tiada kluster baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.

Dr Noor Hisham berkata dua pesakit menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) dan seorang daripada mereka memerlukan alat bantuan pernafasan.

Bagaimanapun katanya, tiada kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kematian kekal pada 124 atau 1.38% daripada keseluruhan kes. – 29 Julai, 2020.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen