Peluang puak Dr Mahathir bertanding di PRK Slim, kata sumber

Chan Kok Leong

Kerusi DUN Slim kosong pada 15 Julai berikutan kematian Adun Mohd Khusairi Abdul Talib yang juga Ketua Umno Bahagian Tanjung Malimdi Hospital Bentong, Pahang. – Gambar fail The Malaysian Insight, 29 Julai, 2020.

BEKAS pengerusi Bersatu berpeluang menentang Perikatan Nasional dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Slim selepas gabungan baharu dibentuk menggantikan Pakatan Harapan pada Februari, kata sumber kepada The Malaysian Insight.

Keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan malam tadi, kata sumber berkenaan.

“Kami memutuskan untuk membiarkan Bersatu Berprinsip bertanding di kerusi itu demi solidariti pembangkang,” kata pemimpin Pakatan Harapan itu.

Beliau menambah bahawa kerusi itu sebelumnya ditandingi oleh Bersatu pada 2018 sebelum presiden dan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin menarik parti dari gabungan itu pada Februari. 

PN belum memutuskan sama ada Umno atau Bersatu akan bertanding di kerusi tersebut.

Bersatu Berprinsip adalah puak Bersatu yang dipimpin oleh Dr Mahathir selepas Muhyiddin memecat bekas perdana menteri dan lima ahli Parlimen lain kerana tidak menyokong rancangannya untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional bagi membentuk PN pada Februari.

Antara yang dipecat ialah Syed Saddiq Abdul Rahman (Muar), Mukhriz Mahathir (Jerlun), Amiruddin Hamzah (Kubang Pasu), Dr Maszlee Malik (Simpang Renggam) dan Shahruddin Salleh (Sri Gading).

Kerusi DUN Slim kosong pada 15 Julai berikutan kematian Adun Mohd Khusairi Abdul Talib di Hospital Bentong, Pahang.

Adun empat penggal berusia 59 tahun itu jatuh ketika bermain golf di Awana Genting Highlands Golf and Country Resort sebelum dia dikejarkan ke hospital.

Khusairi yang merupakan Ketua Umno Bahagian Tanjung Malim memperoleh 8,327 undi dalam pertandingan tiga penjuru menentang Mohd Amran Ibrahim dari Bersatu (6,144) dan Muhammad Zulfadli Zainal (4,103) dari PAS pada pilihan raya 2018.

Minggu lalu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Slim pada 29 Ogos ini dan hari penamaan calon pada 15 Ogos. – 29 Julai, 2020.

Daftar atau log masuk di sini untuk komen.

Komen