Pembayar cukai tanggung kos ‘perjanjian’ Perikatan - Goldman Sachs


The Malaysian Insight

PEMBAYAR cukai antara yang terkesan di bawah perjanjian kerajaan Perikatan Nasional dengan Goldman Sachs dalam skandal 1Malaysia Development Berhad, kata Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata bank itu perlu membayar RM41 bilion kepada Malaysia.

Berdasarkan perjanjian PN Malaysia hanya mendapat AS3.9 bilion di mana AS$2.5 bilion tunai manakala AS$1.4 bilion adalah hasil penjualan aset yang dilakukan oleh Jabatan Kehakiman AS.

“Jadi Goldman Sachs hanya akan membayar semula AS$2.5 bilion. Itu jauh lebih rendah dari yang perlu dibayar,” tulis Dr Mahathir dalam catatan terbaru di blognya Chedet.cc. – 28 Julai, 2020.

MENYUSUL



 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen