Erdogan beri amaran tindakan AS iktiraf Jerusalem


PRESIDEN Turki Recep Tayyip Erdogan pada Rabu memberi amaran menentang tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Jerusalem sebagai ibu kota Israel, berkata tindakan itu hanya membantu pengganas.

“Tindakan sebegitu akan hanya memberi faedah kepada kumpulan pengganas,” kata Erdogan pada satu sidang media bersama di Ankara selepas pertemuan dengan Raja Jordan, Raja Abdullah II.

Raja Jordan yang dimaklumkan tindakan itu oleh Presiden Donald Trump melalu telefon juga memberi amaran yang “Jerusalem adalah kunci kepada mana-mana perjanjian damai (antara Israel dan Palestin) dan kunci kepada kestabilan keseluruhan rantau”. – AFP,6 Disember, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen