Arul Kanda tiada kuasa atas siasatan laporan audit 1MDB, kata Ali Hamsa


Bede Hong

Bekas CEO 1MDB Arul Kanda Kandasamy tiada kuasa untuk memulakan siasatan ke atas percanggahan dalam laporan audit 1MDB yang diterbitkan pada 2016, kata saksi. – Gambar fail The Malaysian Insight, 27 Julai, 2020.

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur hari ini diberitahu bahawa Arul Kanda Kandasamy tiada kuasa untuk memulakan siasatan ke atas percanggahan dalam laporan audit 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang diterbitkan pada 2016.

Bekas ketua setiausaha negara Ali Hamsa ketika memberi keterangan pada perbicaraan pindaan laporan audit 1MDB hari ini mengesahkan Arul Kanda, bekas CEO syarikat pelaburan negara itu, terlibat dalam mesyuarat berkenaan laporan audit itu pada 24 Februari 2016.

Rakaman audio sepanjang 2 jam 45 minit mengenai mesyuarat yang dibuat secara senyap oleh Pengarah Audit (Sektor Tadbir Urus) Jabatan Audit Negara Nor Salwani Muhammad diserahkan kepada mahkamah sebagai bahan bukti tahun lalu.

Ketika disoal balas peguam N. Sivanathan yang mewakili Arul Kanda, Ali, 64, berkata mesyuarat membincangkan rancangan untuk membuat laporan polis berkenaan percanggahan kawangan yang didedahkan dalam laporan audit 1MDB.

Sivananthan: Kamu mencadangkan, pada pandangan kamu, bahawa sejak laporan polis dibuat, peguam negara boleh gugurkan?

Ali: Ya.

Sivananthan: Nampaknya keputusan akhir antara kamu dan ketua audit negara.

Ali : Kami serahkan kepada ketua audit negara.

Sivananthan: Kata muktamad bukan dari Arul?

Ali: Betul.

Sivananthan: Dari segi hirarki, kamu yang paling atas sekali dalam bilik itu?

Ali: Ya.

Sivananthan: Arul jawatan paling rendah dalam bilik itu, dari 1MDB, kerana semua orang dalam bilik itu dari kerajaan?

Ali : Ya.

Sivananthan: Dalam urusan kerajaan, kamu ketua setiausaha?

Ali: Saya ketua setiausaha.

Sivananthan: Dia boleh cadang apa saja, tetapi akhirnya bergantung kepada ketua audit negara apa yang perlu dibuat.

Ali: Ya.

Sivananthan: Malah mesyuarat tersebut tidak akan diadakan tanpa kamu?

Ali: Mesyuarat tidak diadakan melainkan saya yang panggil. – 27 Julai, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen