Tujuh jam disiasat SPRM, Guan Eng diminta hadir semula esok


Alfian Z.M. Tahir

Lim Guan Eng diarahkan hadir semula esok bagi siasatan lanjutan berhubung skandal terowong bawah laut. – Gambar fail The Malaysian Insight, 25 Julai, 2020.

BEKAS menteri kewangan Lim Guan Eng meninggalkan bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah disoal siasat selama tujuh jam hari ini berhubung dakwaan skandal rasuah melibatkan projek terowong bawah laut Pulau Pinang.

Bekas ketua menteri Pulau Pinang itu ditemani peguam R.S.N Rayer yang meninggalkan bangunan itu kira-kira pukul 7.50 malam tanpa memberikan ulasan kepada wartawan yang menunggu di pintu masuk bangunan badan anti rasuah itu sejak pukul 10 pagi tadi.

Bagaimanapun menurut sumber dalaman SPRM, setiausaha agung DAP itu akan dipanggil semula esok pada pukul 11 pagi bagi siasatan lanjut mengenai projek tersebut. – 25 Julai, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen