Ahli Parlimen Sabah diganggu untuk tukar kem, kata bekas timbalan menteri


AHLI Parlimen Warisan Isnaraissah Munirah Majlis membuat laporan polis terhadap seorang lelaki yang didakwa menganggunya untuk memujuk bagi menyokong Perikatan Nasional.

Perkara ini dideahkan di Dewan Rakyat oleh Azis Jamman (Warisan-Sepanggar) yang menemaninya membuat laporan polis semalam.

“Semalam saya menemani Kota Belud untuk membuat laporan polis terhadap seorang individu yang sering membuat kiriman WhatsApp kepadanya untuk memujuknya memberikan sokongan kepada PN,” katanya kepada Parlimen ketika membahaskan Titah Diraja hari ini.

Bekas timbalan menteri dalam negeri itu berkata individu tersebut mendakwa dia menerima arahan daripada “nombor satu” untuk memujuk Isnaraissah.

Azis kemudian membaca tangkapan skrin.

“Saya diarahkan oleh orang nombor satu untuk menghubungi anda. Bolehkah kita bercakap?

“Saya ada tawaran. Beritahu saya sama ada lebih senang untuk bercakap. YB, Sabah akan bertukar tangan. Jangan sia-siakan peluang keemasan. Terima tawaran saya. Jumpa saya hari ini,” mesej dibaca. 

Azis kemudian mendesak Kementerian Dalam Negeri untuk menyiasat perkara ini kerana ia merupakan bentuk gangguan kepada Isnaraissah.

“Siapa yang dimaksud dengan orang nombor satu itu? Saya harap menteri dalam negeri akan siasat perkara ini. Ini adalah bentuk gangguan dan percubaan untuk memberi rasuah,” katanya.

Terdapat perbincangan bahawa kerajaan Sabah yang dipimpin Warisan akan jatuh ke Perikatan selepas beberapa Adun sepatutnya bersetuju untuk  menukar parti.

Sumber berkata sekurang-kurangnya 14 Adun meninggalkan Ketua Menteri Shafie Apdal untuk melompat parti.

Ini bermakna PN akan menguasai 10 negeri di Malaysia. Sabah akan menjadi negeri kelima yang jatuh kepada PN selepas perubahan kerajaan pada Mac. – 23 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen