Mahkamah Tinggi batal hukuman sebat terhadap 27 pelarian Rohingya


Bede Hong

MAHKAMAH Tinggi Alor Setar hari ini menarik semula hukuman sebat terhadap 27 pelarian Rohingya yang didakwa atas kesalahan memasuki Malaysia secara haram.

Hakim Arik Sanusi membenarkan permohonan semakan untuk mengetepikan hukuman sebat yang dijatuhkan oleh mahkamah majistret pada 23 Jun.

Kesemua lelaki berkenaan antara 40 pelarian yang dijatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dengan tiga sebatan kerana tiba di Langkawi dengan kapal tanpa permit sah.

Arik hari ini juga membenarkan semakan tujuh bulan penjara terhadap enam remaja Rohingya yang kesemuanya berusia 17 tahun.

Oleh kerana mereka dijatuhkan hukuman pada 27 Julai, mahkamah membuat perintah tambahan agar mereka dibebaskan ke Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) selepas hukuman selesai. 

Arik selanjutnya memutuskan bahawa individu tersebut adalah pelarian yang memerlukan perlindungan antarabangsa kerana penganiayaan yang mereka hadapi di negara asal.

Dia juga memutuskan ia bukan kebiasaan pesalah dan mereka tidak melakukan tindakan kekerasan, dengan itu tidak berperikemanusiaan untuk menjatuhkan hukuman sebat.

Mahkamah dalam kes sebelum ini telah menetapkan bahawa hukuman sebat di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/63 tidak wajib, kata peguam pelarian Collin Arvind Andrew. – 22 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen