Polis tahan kakitangan badan pemantau rasuah


Polis tahan penyelaras PC4 bagi wilayah utara Stanley Sudhagaran berhubung satu catatan di Facebook. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Julai, 2020.

POLIS menahan penyelaras Pusat Memerangi Rasuah dan Kronisma (C4) bagi wilayah utara Stanley Sudhagaran berhubung satu catatan di Facebook, kata Cynthia Gabriel.

Pengarah eksekutif C4 itu berkata Stanley ditahan dan dibawa ke Balai Polis Bayan Baru di Pulau Pinang awal pagi tadi.

“Peguam beritahu beliau dibawa ke lokap di Balai Polis Bayan Baru. Beliau tak dibawa ke Bukit Aman, sebagaimana yang dipercayai sebelum ini. Kami sedang tunggu maklumat lanjut.

“Kami bimbangkan keadaan beliau. Polis sepatutnya tak datang tahan pada awal pagi, patut ikut protokol untuk soal siasat,” katanya kepada The Malaysian Insight. – 21 Julai, 2020.



Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen