Sejuta PKS akan didaftar untuk kelayakan bantuan, kata menteri


Ia bagi membolehkan PKS mendapat bantuan kerajaan dalam bentuk kewangan dan khidmat nasihat yang berkaitan, kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Wan Junaidi Tuanku Jaafar. – Gambar fail The Malaysian Insight, 20 Julai, 2020.

PUTRAJAYA ke arah usaha mengesahkan status lebih satu juta perusahaan kecil dan sederhana (PKS), kata Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Medac) itu berkata ia bagi membolehkan PKS mendapat bantuan kerajaan dalam bentuk kewangan dan khidmat nasihat yang berkaitan.

Beliau menjawab soalan tambahan dari Nik Muhammad Zawawi Salleh (Pasir Puteh-PAS) berkenaan usaha kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan perniagaan terhadap geran.

Wan Junaidi memaklumkan kepada Dewan Rakyat, pegawai di kementeriannya telahpun berbincang dengan wakil Kementerian Kewangan untuk meningkatkan peruntukan kepada Tekun Nasional melalui Geran Khas Prihatin (GKP).

Wan Junaidi juga memaklumkan kepada Dewan Rakyat, pegawai di kementeriannya telahpun berbincang dengan wakil Kementerian Kewangan untuk meningkatkan peruntukan kepada Tekun Nasional melalui Geran Khas Prihatin (GKP).

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Akmal Nasir (Johor Bahru-PH) yang bertanyakan jumlah PKS yang tercicir daripada GKP.

Akmal memberitahu Dewan Rakyat terdapat aduan daripada beberapa segmen dalam industri termasuk pemandu teksi mengadu tidak menerima bantuan.

Selain Tekun Nasional terdapat beberapa agensi lain yang menawarkan bantuan kewangan kepada PKS dan skim mikro, kata Wan Junaidi. 

Medac katanya yang telah melancarkan banyak inisiatif melalui pelbagai agnesi di bawahnya untuk membantu PKS menghadapi kesan wabak Covid-19.

Inisiatif tersebut merangkumi bantuan kewangan, penjadualan semula pembayaran pinjaman, moratorium dan latihan dalam talian, katanya.

Skim Pembiayaan Pemulihan Perniagaan Tekun Nasional setakat 17 Julai telah menerima 25,660 permohonan berjumlah RM196 juta, manakala kemudahan pembiayaan khas Bank SME Bank menerima 940 permohonan dengan jumlah keseluruhan RM530 juta. – 20 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen