AMERIKA Syarikat mengenakan arahan sekatan kepada pembuat sarung tangan getah Malaysia, Top Gove, yang selalunya dikeluarkan untuk menghalang import barangan yang dipercayai dihasilkan melalui kaedah buruk paksa, lapor Reuters, hari ini.
Laman sesawang Perlindungan Sempadan dan Kastam AS (CBP) menunjukkan Top Glove Sdn Bhd dan TG Medical Sdn Bhd, kedua-duanya anak syarikat Top Glove Corp Bhd, berada dalam senarai syarikat yang produknya diharamkan.
CBP tidak memberikan sebab mengapa kedua-dua syarikat itu berada dalam senarai berkenaan. Reuters gagal menghubungi CBP untuk ulasan dan Top Glove pula tidak membalas permintaan untuk kenyataan isu itu.
Top Glove adalah pengeluar sarung tangan getah terbesar dunia.
AS pada Oktober lalu juga mengharamkan import sarung tangan getah dibuat sebuah lagi syarikat Malaysia, WRP Asia Pacifik, mendakwa syarikat itu terlibat dalam amalan buruk paksa.
Syarikat itu kemudiannya menggantung operasi pada Januari, dengan alasan masalah kewangan.
Berdepan dengan masalah kekurangan peralatan perlindungan perubatan pada Mac disebabkan wabak Covid-19, CBD menamatkan sekatan itu, berkata “ia dibatalkan kerana berdasarkan maklumat terbaru…menunjukkan syarikat itu tidak lagi mengeluarkan sarung tangan getah menggunakan buruk paksa.”
Malaysia adalah kota sarung tangan getah dunia, mengeluarkan tiga daripada lima pasang yang digunakan di seluruh dunia. – 16 Julai, 2020.
Komen