Selangor, Johor dan Sarawak catat jumlah tertinggi pemohon BPN


Chan Kok Leong Ragananthini Vethasalam

BPN disalurkan untuk meringankan tekanan kewangan rakyat Malaysia berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) selama tiga bulan yang bermula pada 18 Mac. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 Julai, 2020.

SELANGOR, Johor dan Sarawak mempunyai jumlah pemohon Bantuan Prihatian Nasional (BPN) tertinggi, kata kerajaan.

“Pada 3 Julai Selangor memiliki jumlah pemohon BPN tertinggi pada 1.615 juta (16%) sementara Johor memiliki 1.226 juta (12%).

“Yang tertinggi seterusnya ialah Sarawak dengan 950,767 pemohon (10%),” kata Kementerian Kewangan dalam jawapan bertulis di Parlimen semalam.

Sebaliknya jumlah pemohon terendah datang dari tiga negeri terkecil iaitu Negeri Sembilan (4%), Melaka (3%) dan Perlis (1%).

Kementerian Kewangan menjawab soalan Saifuddin Nasution Ismail (Kulim Bandar Baru-PH) mengenai jumlah pemohon BPN dan perincian mengikut negeri.

“Pada 3 Julai kerajaan meluluskan RM10.9 bilion yang akan dibayar kepada 10.3 juta pemohon BPN,” kata Kementerian Kewangan.

Menurut kementerian itu lagi pemohon tertinggi datang dari kumpulan pendapatan B40 iaitu 3.3 juta isi rumah dan 3.9 juta individu.

“Dalam kumpulan M40 ada 3.1 juta pemohon – 1.4 juta isi rumah dan 1.7 juta individu,” menurut kementerian itu lagi.

BPN merupakan salah satu insentif yang diumumkan oleh Perikatan Nasional untuk meringankan tekanan kewangan rakyat Malaysia berikutan perintah kawalan pergerakan (PKP) selama tiga bulan yang bermula pada 18 Mac. – 16 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen