Hakim tolak permohonan Najib hadir sidang Dewan Rakyat esok


Bede Hong

Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Najib Razak untuk hadir sidang Dewan Rakyat esok. – Gambar The Malaysian Insight oleh Najjua Zulkefli, 15 Julai, 2020.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan bekas perdana menteri Najib Razak untuk hadir sidang Dewan Rakyat esok.

Hakim Collin Lawrence Sequearah yang mendengar perbicaraan kes 1Malaysia Development Bhd (1MDB) menolak permohonan Najib dan berkata perbicaraan mesti berlangsung mengikut jadual.

Terdahulu, peguam utama pembelaan Muhammad Shafee Abdullah memberitahu mahkamah bahawa Najib, yang juga ahli Parlimen Pekan, perlu hadir untuk sesi soal jawab lisan petang esok.

“Beliau perlu hadir di Parlimen esok. Boleh Yang Arif benarkan beliau hadir untuk acara penting ini?” kata Shafee.

Hakim Sequearah bagaimanapun menolak.

“Saya hargai beliau ada tugas perlu dilaksanakan. Saya juga ada tugas yang perlu dilaksanakan.

“Tetapi kes ini perlu diteruskan sebagaimana dijadualkan mulai 9.30 pagi hingga 4.30 petang, dan waktu rehat tengah hari seperti biasa,” katanya sebelum menangguhkan perbicaraan hari ini.

“Jadi, Yang Arif tak benarkan?,” soal Shafee.

“Tidak,” jawab Sequearah.

Shafee ketika memohon kebenaran bagi pihak anak guamnya itu berkata Najib asalnya dijadualkan terbabit dalam sesi soal jawab di sebelah pagi tetapi menukarnya dengan Ahli Parlimen Arau Shahidan Kassim. – 15 Julai, 2020.

Berita penuh di sini.        


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen