Putrajaya mahu rampas AS$340 juta dari PetroSaudi dan Tarek Obaid


Bede Hong

Timbalan pendakwa raya Budiman Lutfi Mohamed memfailkan permohonan itu di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 14 Julai, 2020.

PUTRAJAYA memfailkan saman terhadap PetroSaudi International Ltd, anak syarikatnya PetroSaudi Oil Services (Venezuela) Ltd dan Temple Fiduciary Services Ltd untuk mendapatkan semula dana bernilai AS$340 juta (RM1.4 bilion).

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan 16 Julai untuk mendengar satu lagi permohonan pendakwa untuk mendapatkan perintah bagi melarang firma guaman Clyde & Co LLP dan CEO PetroSaudi Tarek Obaid daripada menggunakan dana itu.

Dana tersebut kini disimpan dalam akaun escrow firma undang-undang bagi pihak PetroSaudi Oil Services, dengan nama Temple Fiduciary Services.

Timbalan pendakwa raya Muhammad Izzat dan Budiman Lutfi Mohamed yang mewakili Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata, dana itu adalah daripada aktiviti haram yang menyalahi Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (Amla) 2001.

Pegawai penyiasat SPRM Mohd Afiq Ab Aziz dalam afidavit sokongannya berkata, dana itu berkaitan dengan 1Malaysia Development Berhad, melalui usaha sama yang dibuat dengan PetroSaudi.

Tareq didakwa memiliki akaun bank di bawah nama Temple Fiduciary Services. – 14 Julai, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen